[VIDEO] Suka Sangat Dekat Ikan, Ibu Geli Hati Tengok Anak Sampai Tidur Dengan Ikan Betul
Aduhai, dik!
Kanak-kanak yang sedang membesar memang banyak ragam dan telatahnya
Sampai kadang kala tak kering gusi kita dibuatnya lihat perangai mereka. Tidaklah dinafikan, mereka juga lah penghibur buat ibu bapa.
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang wanita merakam gelagat anaknya tidur bersama ikan segar telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ibu tak sangka anak tidur dengan ikan betul
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang merakam anak lelakinya yang tengah nyenyak tidur.
Difahamkan, kanak-kanak itu sangat suka akan ikan. Namun, si ibu tidak menyangka anaknya itu sehingga tertidur dengan ikan mentah berkenaan.
Situasi itu membuatkan dia tertawa dan menarik ikan itu secara perlahan-lahan daripada tangan anaknya.
Image via @farisha_iris (TikTok)
Image via @farisha_iris (TikTok)
"Mama ambil ikan dulu ye nak goreng. Bangun tidur mau cari jap lagi tu ha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anaknya itu dan menyifatkan ia comel.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 29.5K likes, 351 comments dan 656 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @farisha_iris (TikTok)
Image via @farisha_iris (TikTok)
Image via @farisha_iris (TikTok)
Image via @farisha_iris (TikTok)
Boleh pula dia tidur dengan ikan mentah tu ya. Mak awak nak goreng tu dik :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment