[VIDEO] Surprise Paling Kelakar Dalam Hidup, Mula-Mula Romantik Sekali Lain Pula Yang Jadi
Baru nak sweet-sweet, sabar jelah ya.
Sebagai seorang suami, membahagiakan isteri itu adalah tanggungjawab yang paling penting dalam rumah tangga
Apabila tibanya hari penting seperti hari jadi atau ulang tahun perkahwinan, buatlah kejutan untuk si isteri. Mesti mereka senyum sampai ke telinga walaupun hanya kejutan yang simple.
Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh sepasang suami isteri ini apabila candle light dinner mereka bertukar menjadi insiden lain telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak romantik makan dalam khemah, sekali ribut hujan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @tqahanim, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang menikmati candle light dinner berdua di dalam khemah yang dihias cantik. Lelaki itu membuat kejutan hari jadi buat si isteri.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka sedang asyik menikmati mood romantik, tiba-tiba cuaca bertukar hujan dan ribut sehingga menyebabkan khemah ditiup angin kuat.
Lebih menghiburkan, wanita itu tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat suaminya yang lucu mencuba sedaya upaya untuk memastikan khemah mereka tidak terbalik.
Image via @tqahanim (TikTok)
Image via @tqahanim (TikTok)
"Kelakar lah haha apa-apa pun semoga bahagia hingga jannah ya" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 516.5K tontonan, 46.8K tanda suka serta 1.5K komen di TikTok.
Rata-rata warganet terhibur melihat gelagat suami isteri itu. Ramai juga yang mendoakan rumah tangga mereka sentiasa bahagia.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @tqahanim (TikTok)
Image via @tqahanim (TikTok)
Image via @tqahanim (TikTok)
Kesian suami dia, baru nak feeling-feeling makan tepi pantai dah kena ribut :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment