seismik

Tular Video Nyanyi Lagu Bunkface Buat Macam Konsert Sendiri, Pemuda Ini Curi Tumpuan Ramai

Suara dia sedap!

Cover image via @syamirulforsept (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Festival Aku, Muzik & Kamu telah berlangsung di EduCity Sports Complex, Johor Bahru

Konsert berdurasi selama 9 jam itu menampilkan pelbagai kumpulan artis tempatan popular seperti Hujan, Akim & The Majistret, Bunkface, Insomniacks dan ramai lagi.

Sudah tentu kebanyakan penonton yang hadir adalah dalam kalangan remaja. Namun, tular pula sebuah rakaman seorang pemuda menyanyi di atas pentas bersama kumpulan Bunkface ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba buat macam konsert sendiri, penonton sporting bagi support

Menerusi video berdurasi 1 minit 35 saat yang dimuat naik oleh @syamirulforsept, kelihatan pemuda itu dipanggil untuk naik ke atas pentas untuk menghabiskan lagu yang sedang dinyanyikan oleh Sam Bunkface itu.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila pemuda tersebut tidak kelihatan kekok langsung semasa dia menyanyi. Malah, gayanya sudah seperti biasa membuat konsert.

Suaranya yang sedap juga berjaya menarik perhatian para penonton lain yang datang ke konsert itu.

"Vibes yang kami mahu bila pergi event! Lepas ni konsert kau kat mana dik? Akak nak datang" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 164K likes dan 6.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji bakat pemuda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Admin pun ulang banyak kali tengok video tu, dah macam konsert dia sendiri! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: