seismik

"Siap Flip" - Kongsi Cara Isteri Korea Buang Sampah, Video Maryam Cecah 1.5 Juta Tontonan

Style!

Cover image via @uyounik (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam rumah tangga, tugas membuang sampah tidak terletak pada bahu suami atau isteri saja

Siapa-siapa saja boleh membuang sampah jika sedang lapang dan tidak membuat kerja. Senang cerita, suami isteri perlulah saling membantu supaya dapat meringankan kerja rumah.

Baru-baru ini, tular pula video menunjukkan Maryam daripada Durian Kimchi membuang sampah dirakam oleh suaminya, Ryzal.

Lihat video itu di bawah:

@uyounik

Cara isteri korea buang sampah

Funny - Gold-Tiger

Buang sampah pun ada gaya, siap flip plastik sampah

Menerusi video yang dikongsi oleh Ryzal dalam TikTok @uyounik, kelihatan dia merakam gelagat isterinya, Maryam ketika membuang sampah.

"Setiap kali dia buang sampah mesti seronok, tengok eh. Wuuu!" katanya. Malah, Ryzal sempat memanggil jiran depan rumah mereka dan menyuruh belajar cara membuang sampah seperti Maryam.

Maryam dilihat mencampakkan plastik sampah ke atas sambil membuka tong sampah. Plastik sampah itu kemudian jatuh betul-betul ke dalam tong sampah itu.

"Buang sampah pun slay. Plot twist betul dia pusing sampah" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 1.5M views, 205K likes dan 2.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Maryam.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni nak try buang sampah macam Maryam lah, baru slay! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: