[VIDEO] Susah Nak Turun Tempat Parking, Mak Siap Membebel Kereta Anak 'Lowered' Sangat
Sabar ya bang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua orang yang memiliki kenderaan pasti mempunyai cita rasa mereka tersendiri
Seperti menghias atau mengubah suai mengikut minat mereka betul tak? Ada yang sanggup berhabis duit beribu demi mendapat kereta yang diinginkan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila kereta seorang suami dibebel oleh maknya kerana terlalu lowered telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak bising sebab kereta susah turun parking
Menerusi video tersebut, kelihatan keuarga itu sedang berada di sebuah parking kereta dan menuju keluar.
Tetapi, semasa mahu menurun tempat tersebut, si anak terpaksa membawanya perlahan dan penuh berhati-hati kerana keretanya yang rendah.
Situasi itu membuatkan maknya perlu turun untuk melihatnya. Malah, maknya itu siap membebel kerana geram dengan kereta anaknya yang lowered dan menjadi satu masalah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Jangan sedih bang, saya bersama abang. Mak saya pun sama" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan berkongsi situasi yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 583.9K views, 31.2K likes dan 812 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Image via @khairulaizam0 (TikTok)
Mana mak tak bebel kan, jadi macam melambatkan masa dia :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment