[VIDEO] Tak Nampak Polis Duduk Belakang, Dua Pelajar Kena Tahan Ini Buat Ramai Terhibur
Sampai tak tengok belakang langsung ya.
Umum mengetahui bahawa kita haruslah patuhi undang-undang keselamatan jalan raya
Sebagai contoh, perlahankan kenderaan untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar ke kuning.
Namun, lain pula yang jadi apabila tular sebuah video yang menunjukkan gelagat dua pelajar di jalan raya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Tak nampak polis dekat belakang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hafiz.danial di TikTok, kelihatan dua penunggang motosikal yang lengkap dengan pakaian seragam sekolah menengah itu bertindak untuk melanggar lampu merah telah dirakam di Bandar Baru Bangi.
Video tersebut sempat dirakam oleh seorang individu menerusi telefonnya dalam kereta yang turut menunggu lampu isyarat hijau.
Pelajar berkenaan bertindak untuk melanggar lampu isyarat walaupun banyak kenderaan yang sedang memecut di lampu isyarat laluan bertentangan.
Dalam video berkenaan dapat dilihat, pelajar itu tidak menyedari kehadiran motosikal polis di belakangnya dan terus melanggar lampu isyarat merah menyebabkan mereka telah ditahan oleh anggota polis itu.
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
"Tak perasan polis belakang ke? Haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 821.2K views, 78.7K likes dan 871 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut pelik dan terhibur dengan tindakan pelajar ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Image via @hafiz.danial (TikTok)
Fokus sangat tu dik, sampai polis belakang pun tak nampak ya :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment