seismik

Jadikan Tikus Sebagai Haiwan Peliharaan, Gelagat Individu Ini Buat Netizen Pening Kepala

Lain macam ya haiwan peliharaan abang ini.

Cover image via @makhlukjomblo (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membela haiwan merupakan salah satu hobi ramai orang dan menjadi peneman ketika bosan duduk di rumah

Kebiasaannya, kita akan menjadikan haiwan-haiwan comel seperti anjing atau kucing sebagai haiwan peliharaan.

Namun, lain pula yang jadi apabila tular dalam TikTok apabila sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang individu membawa haiwan peliharaannya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Jadikan tikus sebagai 'kawan' temankan berjalan-jalan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @makhlukjomblo di TikTok, kelihatan seorang individu sedang membawa haiwan peliharaannya berjalan-jalan.

Yang peliknya, haiwan itu adalah seekor tikus dimana ibunya telah memesan untuk bunuh dengan menggunakan perangkap tikus.

Namun, kerana simpati dia telah membatalkan hasrat itu dan mengambil tikus itu sebagai haiwan peliharaannya dan sebagai 'kawannya'.

Dalam video itu dilihat, dia telah memasang tali rafia pada ekor tikus tersebut dan membawanya keluar untuk berjalan-jalan.

"Lepas ini ratatouille tu buat kelas memasak haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 521.7K views, 47.4K likes dan 558 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan pelik dengan gelagat individu ini.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sudah ada nama ke belum, untuk kawan abang tu?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: