seismik

[VIDEO] Wanita Rakam Video Jemput Suami Syria Balik Dari Masjid Ini Buat Ramai Cemburu

Sweet betul pasangan ni.

Cover image via @kekyahkentang (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, solat tarawih adalah ibadah sunat muakkad pada bulan Ramadan yang dilakukan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia

Pasti ramai yang berlumba-lumba mengerjakan solat sunat tarawih bersama-sama keluarga atau di masjid bagi menghidupkan bulan Ramadan dan menambahkan lagi pahala pada bulan yang mulia ini.

Terbaru, tular dalam TikTok apabila sebuah video yang menunjukkan seorang wanita menunggu suaminya di masjid telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kekyahkentang

Dia kata terawih kat malaysia kemain panjang.. kat turkey kemain pendek terawih

Obsessed With You x All About Him - ARNEL REMIX

Rakam suami keluar masjid selepas solat tarawih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @kekyahkentang, kelihatan seorang wanita sedang merakam seorang lelaki keluar dari masjid. 

Dapat dilihat dalam video berkenaan, dia sering menunggu suaminya yang berasal dari Syria selepas menunaikan solat tarawih di luar pagar masjid. 

Suaminya kelihatan tersenyum manis sambil menggeleng kepala apabila melihat isterinya sedang merakam dirinya sedang berjalan keluar. 

Katanya lagi, suaminya mengatakan solat tarawih di Malaysia mengambil masa yang lebih lama berbanding solat tarawih di Turkiye. 

"Saya pula yang senyum sorang-sorang ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 1.1M views, 148.4K likes dan 574 comments di TikTok, rata-rata netizen turut cemburu dengan 'kemanisan' hubungan suami isteri ini dan ada juga yang ingin mencari lelaki Turkiye.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweet je tengok mereka, semoga berkekalan sehingga ke jannah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: