seismik

Diangkat Dari Kisah Benar, Telemovie 'Saat Hilang Cintamu' Beri Kesan Mendalam

Setia betul dia kepada isteri dia ya.

Cover image via zamarulhisham93 (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik

Telefilem 'Saat Hilang Cintamu' yang ditayangkan Sabtu lalu di slot Cerekarama TV3 telah memberi kesan yang mendalam terhadap para penonton

Naskhah yang dibintangi oleh gandingan hebat Zamarul Hisham dan Rita Nadira mendapat tempat dan memenangi hati netizen dengan lakonan hebat mereka yang menyentuh hati. 

Ramai warganet yang memuat naik semula babak-babak dalam telefilem ini dalam TikTok kerana begitu terkesan dengan plot cerita yang menyayat hati dan watak yang berjaya dilakonkan. 

Begitupun, baru-baru ini tular apabila filem ini dikatakan diangkat dari kisah benar telah meraih tumpuan ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Diangkat dari kisah benar

Telemovie ini berkisahkan tentang kesetiaan seorang suami iaitu Razil lakonan Zamarul Hisyam yang begitu menyayangi isterinya Salina lakonan Rita Nadira dan menjadi penyokong utamanya.

Walaupun Salina bertindak curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga ditangkap khalwat, namun cinta Razil terhadap Salina tidak pernah pudar.

Begitu juga apabila Salina terlantar lumpuh dan cedera teruk akibat dilanggar, Razil tetap setia menjaganya dan sudi untuk merujuk semula perkahwinan mereka.

Yang paling menyayat hati apabila telefilem ini difahamkan diadaptasi dari kisah benar dan Razil sebenar masih hidup sehingga sekarang.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon utama telefilem tersebut iaitu Zamarul Hisham mendedahkan bahawa karya sedih itu telah berdasarkan dari sebuah kisah benar.

"Cerita ni memang cerita benar, orangnya masih ada dah berusia 70 tahun lebih. Cuma abang frust sebab masa shooting tak dapat jumpa. Memang dia sangat setia," katanya.

"Baru tengok tadi cerita ini tapi masih terasa sedih apabila teringatkan kisah ini" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkesan dengan watak Razil dan juga bersimpati terhadapnya. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 12.9K likes dan 1,364 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Min tengok pun sampai mengalirkan air mata sebab sedih sangat :’(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: