seismik

[VIDEO] Insiden Kereta Langgar Tapi Penampakan Lelaki Bertuala Biru Pula Curi Tumpuan

Terkejut tiba-tiba abang tuala biru tu datang.

Cover image via @isusemasaviral (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana kejadian ini boleh berlaku hampir setiap hari

Malah, memandu pada waktu malam juga digemari oleh sesetengah pemandu kerana dapat mengelakkan kesesakan tetapi ia sangat membahayakan berikutan keadaan silau yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Namun lain pula yang jadi, apabila tular dalam sebuah video yang menunjukkan insiden berlaku di jalan raya telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video perkongsian itu di bawah:

Lelaki bertuala tiba-tiba datang jengah tengok

Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki menaiki motosikal sedang menahan sebuah kereta Mazda yang dikatakan melanggar sesuatu di jalan raya.

Dapat dilihat dalam video berkenaan, geng-geng motosikal itu cuba untuk menyuruh pemandu itu keluar daripada kereta tersebut dengan mengetuk tingkap.

Ketika keadaan semakin kecoh, munculnya seorang lelaki bertuala biru dan dia dilihat sedang bertanya kepada sekumpulan lelaki motosikal tersebut tentang apa yang berlaku. 

Namun sehingga sekarang, kesahihan berkenaan kejadian tersebut masih tidak dapat dikenal pasti lagi. 

"Kalau aku dekat situ dah ketawa dah ternampak abang tu, tiber saja datang. Macam tepi tu tak ada rumah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 353.8K views, 6,492 likes dan 120 comments di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu dan tertanya-tanya siapakah gerangan abang bertuala biru tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Min pun ikut pelik siapa dia ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: