[VIDEO] Lupa Tekan Suis Periuk Nasi, Gelagat Suami Isteri Ini Buat Ramai Boleh Relate
Terpaksa lah mereka menunggu sementara masak nasi.
Menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang teruja untuk meraikan bulan mulia ini bersama keluarga dan kawan-kawan
Berkumpul bersama mereka yang tersayang sewaktu iftar iaitu berbuka puasa menjadi momen paling dinantikan dan paling indah di bulan Ramadan.
Begitupun, lain pula apa yang jadi apabila tular dalam TikTok apabila sebuah video yang menunjukkan gelagat seorang wanita ketika berbuka di rumahnya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Rakam juadah berbuka tapi lupa tekan suis
Menerusi video yang dimuat naik oleh @swipersimusang, kelihatan seorang wanita sedang merakam menu berbuka puasanya sambil memberitahu nama-nama hidangan tersebut.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia lupa menekan suis periuk nasi tersebut dan baru menyedarinya ketika azan Maghrib dilaungkan, menyebabkan dia dan suaminya terpaksa berbuka dengan minuman terlebih dahulu.
Dalam video itu juga dilihat, dia dipandang sinis oleh suaminya yang sedang meminum air daripada bazar Ramadan kerana lupa menekan punat periuk nasi itu ke bawah.
Suaminya hanya mampu tersengih dan menggeleng kepala sahaja apabila dirakam oleh isterinya.
"Kenyang minum dengan air mata kucing" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini mencecah sehingga 323K views, 21.8K likes dan 355 comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat suami isteri ini dan boleh relate dengan situasi tersebut. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!