Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] "Tak Pasal-Pasal Kena Hempuk Terus" - Anak Selamba Suruh Mak Bagi Ayah Kahwin Lagi

Cari nahas ya kau dik.

Cover image via @yatie_herman (TikTok)

Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya suka menanyakan bermacam soalan kepada ibu bapa kerana sifat ingin tahu yang tinggi

Ibu bapa pula haruslah pandai menjawab soalan daripada anak terutama jika ianya berkaitan dengan isu orang dewasa, seperti contoh hal rumah tangga.

Namun ada kalanya soalan daripada mereka boleh menimbulkan rasa geram kerana bertanyakan hal yang sensitif dan sukar untuk dijawab.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila videonya di TikTok tular selepas anak lelakinya bertanyakan satu soalan semasa mereka berada di dalam kereta menuju ke sebuah destinasi.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Tengah drive terus berhentikan kereta apabila si anak bertanya soalan kenapa tak suruh ayah kahwin lain

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Yatie Herman, kelihatan anak lelakinya tiba-tiba mengajukan satu soalan cepumas kepadanya sehingga membuatkan dia naik angin.

"Ustaz kata kahwin ni benda halal, kalau macam tu kenapa mama tak suruh papa kahwin lagi? Kan halal tu," soalnya.

Sebaik saja mendengar pertanyaan daripada anaknya itu, Yatie terus meemberhentikan kereta dan pantas berkata "kau nak mati ke!" dan spontan mengambil beg tangan lalu menghempuk anaknya.

Image via @yatie_herman (TikTok)

"Adoi bijaknya adik ni, bijak membawa bencana ni" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang sehingga kini menerima 1.1 juta tontonan, 88.3K tanda suka serta 8.6K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat dua beranak itu terutamanya kanak-kanak lelaki tersebut kerana membuat riak muka selamba saja semasa mengajukan soalan kepada ibunya.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Image via @yatie_herman (TikTok)

Alahai sabar jelah mamanya dengan si anak, soalan dia boleh buat perang dunia tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment