[VIDEO] Tengah Selera Suap Nasi, Gadis Ini Baru Perasan Dalam Botol Kicap Ada Banyak Lipas
Eww! Harap tak jadi apa-apa.
Apabila makan di kedai, kita haruslah lebih peka dengan kebersihan dan keadaan di sekeliling premis tersebut
Bukan apa, tidak dinafikan memang banyak kedai yang tidak menjaga kebersihan dari segi makanan dan tempat duduk.
Ia membuatkan pelanggan yang datang berasa kurang selesa dan mungkin itu kali terakhir mereka menjamu selera di kedai anda.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan seorang gadis berkongsi keadaan botol kicap di sebuah kedai telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Dah banyak kali suap nasi dalam mulut, sekali baru perasan banyak lipas dalam botol kicap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @laylaazli, kelihatan gadis itu berkongsi pengalaman jijiknya ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai makan.
"Al kisah kicap ni dah nak habis tapi aku tuang kali pertama kat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang ni ye. Aku dah telan nasi 2 3 4 suap dah, kali kedua tu baru perasan. Syaiton nye lahai, harap-harap tak ada apa-apa jadi, apa-apa update selepas 24 jam," katanya.
Image via @laylaazli (TikTok)
"Macam mana dia boleh masuk weh, bukan lubang kicap tu kecik je ke? Aduh trauma aku nak letak kicap lepas ni" - Warganet
Ikutan tularnya video itu yang kini sudah meraih 637.7K views, 875 comments dan 13.4K likes, rata-rata warganet turut berasa geli selepas melihat beberapa ekor lipas di dalam botol kicap itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @laylaazli (TikTok)
Image via @laylaazli (TikTok)
Image via @laylaazli (TikTok)
Sampai sekarang tak boleh brain macam mana lipas tu boleh masuk. Loya tekak! :/
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment