Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Terima Hadiah Birthday, Ibu Ini Menangis Lepas Dengar Ucapan Anak Menantu. Sebak!

Happy tengok dia senyum dapat hadiah.

Cover image via @farihah.r (TikTok)

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan kita semua tidak dapat merentas negeri untuk berjumpa dengan orang tersayang

Sudah pasti ramai yang merindui kampung halaman terutama ibu bapa yang jauh berada di perantauan dan menanti kepulangan kita.

Namun, ia juga adalah satu tanggungjawab buat kita untuk tidak pulang ke kampung buat masa ini kerana takut akan penularan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang ibu telah menerima hadiah sempena hari jadi daripada anak dan menantunya membuatkan ramai sebak.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terharu dapat hadiah daripada anak menantu, ibu menangis depan pintu rumah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang warga emas telah menerima hadiah berupa sekotak buah-buahan segar dan brownies dipercayai hadiah pemberian daripada anak dan menantunya.

Momen yang paling menyentuh hati adalah apabila si ibu menangis apabila mendengar ucapan yang keluar daripada penghantar berkenaan.

Dalam ucapan tersebut, kendengaran si anak memberitahu dia pasti akan pulang dan mendoakan kesejahteraan ibunya itu. Malah, dia juga sempat memesan di kapsyen video agar kita semua berusaha untuk membahagiakan orang tua kita.

Image via @farihah.r (TikTok)

"Tengok gelak pun dah tahu dia penyayang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet yang melihat video itu juga turut terharu dengan reaksi wanita tersebut.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa rindu mereka pada ibu bapa yang sedang berada di kampung dan berharap agar dapat bertemu secepat mungkin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 10.6K likes, 452 comments dan 257 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Image via @farihah.r (TikTok)

Image via @farihah.r (TikTok)

Image via @farihah.r (TikTok)

Image via @farihah.r (TikTok)

Image via @farihah.r (TikTok)

Image via @farihah.r (TikTok)

Sedih pula tengok mak cik tu menangis, teringat dekat mak sendiri kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment