seismik

Syok Tunjuk Cara Pakai 'Masker' Kunyit Dalam Video, Lelaki Gelabah Muka Jadi Kuning Terus

Demam kuning terus jadinya.

Cover image via @fakha____ (TikTok)

Penjagaan muka adalah salah satu rutin harian yang biasa diamalkan oleh setiap orang agar sentiasa kelihatan berseri

Rutin penjagaan muka ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahan dapur saja. Antaranya ialah kunyit yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.

Namun, bahan-bahan dapur ini tidak boleh dilakukan dengan prosedur yang salah kerana takut lain pula yang jadi.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki kononnya ingin menunjukkan cara memakai masker kunyit di muka, tetapi lain pula yang jadi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ambil seketul kunyit nak tunjuk cara pakai masker dekat muka

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki pada mulanya ingin berkongsi bagaimana cara memakai masker kunyit pada muka.

Dia juga dilihat mengambil seketul kunyit untuk melakukan demo itu dan kemudian terus menonyoh pada bahagian muka dan pipi dengan agak kuat sekali.

Sebelum itu, dia menumbuk kunyit tersebut sehingga lumat dan selepas itu menyapu pada wajahnya. Dia juga memberitahu mukanya agak sedikit pedih kerana sebelumnya lesung itu digunakan untuk membuat sambal belacan.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas mencuci muka dia memberitahu tentang satu berita buruk iaitu kuning diwajahnya itu tidak boleh dihilangkan. Jadi, mukanya itu terus kekal kelihatan kuning kunyit itu.

"Hahaha pergi kawan dengan kartun The Simpsons sana" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat video berkenaan.

Malah, ramai yang memberitahu dan berkongsi cara sebenar memakai masker daripada kunyit di muka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 13.1K likes, 597 comments dan 269 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal muka jadi permanent kuning pula ya. Bertabahlah bro :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: