[VIDEO] Terima Tempahan Suruh Pujuk Teman Wanita Merajuk, Ayat Barista Ini Jadi Perhatian
Nampak gaya macam ada pengalaman.
Lumrah bercinta pasti ada pasang surut dalam mengenal hati budi pasangan
Iyalah, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Selalu juga kita dengar luahan daripada rakan berkaitan masalah cinta.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang barista lelaki yang mendapat nota ringkas menarik melalui pesanan makanan yang diterimanya.
Lihat video penuh di bawah:
Minta cuma tulis 'sorry', tetapi ayat pujangga pula yang diberi
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @themhz_di TikTok, satu nota pada pesanan makanan berkaitan seorang lelaki ingin memujuk teman wanitanya yang sedang merajuk raih tumpuan ramai.
Lelaki berkenaan meminta pekerja barista Starbuck untuk menulis perkataan 'sorry' pada bungkusan tempahan dan turut meluahkan isi hati berkenaan pasangannya itu merajuk tanpa sebab.
Lebih menjadi perhatian, abang barista itu menulis kata maaf dalam bentuk ayat yang romantik pada bungkusan makanan tersebut.
Image via @themhz_ (TikTok)
Image via @themhz_ (TikTok)
"Barista tu pun tengah alami situasi yang sama ke?" - Netizen
Rata-rata netizen turut terhibur dengan kerenah abang barista dan meminta pasangan masing-masing untuk lakukan perkara yang sama apabila merajuk.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @themhz_ (TikTok)
Image via @themhz_ (TikTok)
Image via @themhz_ (TikTok)
Nasib baik dapat abang barista yang sporting :D
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment