[VIDEO] Terpijak Tudung Sampai Berkedut, Lelaki Ini Mengalah Dengar Isteri Membebel
Jangan cari pasal kalau bab tudung ni bro, naya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut je pasal tudung berkedut, ia merupakan perkara yang paling digeruni kaum wanita
Bukan apa, menggosok tudung merupakan proses yang agak leceh. Lebih-lebih lagi jika material tudung itu jenis satin atau lembut, lagilah susah nak jaga.
Oleh itu, para suami haruslah peka dengan keberadaan tudung isteri yang sudah digosok agar tidak mendapat nasib seperti lelaki ini yang terpaksa mendengar bebelan isterinya.
Lihat video yang tular di TikTok itu di bawah:
Isteri letak tudung yang sudah digosok atas katil, suami pula tak sengaja terpijak sampai kedut
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @nia_syaqiera, dia membentangkan tudung putihnya yang baru saja digosok atas katil ketika itu.
Namun begitu, suasana di dalam bilik tersebut menjadi kecoh apabila suaminya terpijak tudung itu dengan tidak sengaja sehingga menyebabkan ia berkedut.
Apa yang mengeruhkan lagi keadaan adalah apabila si suami menyoalkan mengapa isterinya meletakkan tudung di atas katil sedangkan banyak lagi tempat lain yang lebih selamat. Tetapi akhirnya dia mengalah dan pasrah apabila mendengar bebelan si isteri.
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
"Kalau duduk atas katil dia jadi kuali panas okay, jangan cuba-cuba" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 165.2K views, 10.4K likes serta 155 shares di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan kejadian tersebut.
Ada juga yang sempat bergurau mengatakan tudung yang sudah digosok itu ibarat kuali panas sebaik saja diletakkan di atas katil dan jangan sesekali cuba menyentuhnya kalau tak nak kena bebel.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Image via @nia_syaqiera (TikTok)
Haa tu makan dia, kan tak pasal-pasal kena bebel sebab tudung :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment