[VIDEO] “The Effort 100%” - Ini Rupanya Belakang Tabir Pelancong Naik Swing Di Bali
Macam seronok, tapi...
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bali sememangnya menjadi tumpuan para pelancong meluangkan masa untuk bercuti
Suasana persekitaran yang indah dan nyaman sudah menjadi faktor utama pelancong memilih Bali. Dengan berkonsepkan nature, Bali memang sentiasa dijadikan tempat favourite pelancong.
Salah satu attraction yang popular di Bali ialah The Bali Swing. Swing ini membolehkan mereka yang duduk untuk menikmati pemandangan yang indah dengan ayunan yang tinggi. Rata-rata pelancong akan menaiki ayunan itu untuk mengambil gambar.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang pelancong wanita menaiki ayunan itu mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka ini sebenarnya belakang tabir menaiki ayunan di Bali
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amy.brophy, kelihatan bahawa dia sedang menaiki swing tersebut.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dua orang pekerja lelaki gigih melompat dan menolak ayunan tersebut supaya swing tersebut boleh pergi lebih jauh. Aksi pekerja tersebut telah mencuri tumpuan netizen.
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
"Bayangkan kalau lelaki itu tak lepaskan ayunan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih sebanyak 3M views, 200K likes dan 1K comments di TikTok.
Dalam pada itu, hasil tijauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen memberi reaksi takut dengan menaip 'Nooo'. Tambahan lagi, ada yang merasa seronok dan ingin cuba Bali Swing ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
Image via @amy.brophy (TikTok)
Ada yang berani ke tak tu nak cuba? Nampak macam best :D
Image via googleapis.com
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Jangan lupa save artikel ini untuk rujukan masa akan datang:
Leave a comment