[VIDEO] 'Throwback' Gaya Fesyen Zaman 70-an, Ramai Rasa Zaman Ini Hidup Kembali
Kreatif sungguh!
Fesyen zaman 70-an sehingga 90-an mempunyai auranya yang tersendiri
Gaya retro sekitar zaman 70-an sangat terkenal di negara ini. Gaya itu jika dikenang semula pastinya akan mengamit semula memori semua orang disebabkan fesyen itu mempunyai style yang tersendiri.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, sekumpulan pemuda mengimbau semula kenangan zaman 70-an dengan menggayakan seperti fesyen dahulu di Dataran Merdeka telah mencuri perhatian ramai warganet.
Lihat video itu di bawah:
Cara berjalan pun hampir sama dengan zaman dulu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wankan di laman sosial TikTok, mereka menggayakan fesyen 70-an bagi mengenangkan semula memori retro.
Seluar jenis bell bottom dan gaya rambut memainkan peranan. Pelbagai barangan retro digunakan dalam video itu seperti surat khabar lama, stroller dan motosikal bertujuan untuk menghidupkan semula kenangan 70-an.
Rata-rata warganet turut terkenang memori zaman dahulu. Mereka memuji penampilan semua orang dalam video ini sangat real dan nampak hidup.
Image via @_wankan_ (TikTok)
Image via @_wankan_ (TikTok)
"Tunjuk dekat mak ayah, mereka senyum sebab teringat zaman dahulu" - Warganet
Susulan tular video tersebut, video berkenaan telah meraih sebanyak 993.5K views, 111.5K likes dan 3,364 comment di TikTok.
Rata-rata warganet turut memuji pakaian dan cara mereka membawa watak pada zaman 70-an berkenaan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @_wankan_ (TikTok)
Image via @_wankan_ (TikTok)
Image via @_wankan_ (TikTok)
Image via @_wankan_ (TikTok)
Rambut afro, seluar bell bottom dan cermin mata main peranan ya. Terbaik! :D
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment