[VIDEO] TikToker Ini Makeup Sambil Dedah Cerita Kawan ‘Busuk Hati’ Buat Ramai Dapat Relate
Setepek dia bagi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai dekat sini yang pernah hadapi situasi berkawan dengan orang busuk hati dan talam dua muka bukan?
Tidak kiralah semasa susah atau pun senang, bukan semua orang yang berkawan dengan kita itu ikhlas. Ada yang depan-depan baik, tapi di belakang dia sakan mengutuk kita.
Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang wanita berkongsi kisahnya berhadapan dengan kawan toksik mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Luah rasa terkilan sambil makeup, tak sangka kawan yang dulu rapat sekarang kuat dengki
Menerusi video yang dimuat naik oleh @rozyana93 dengan kapsyen "kalau nak kawan lama, jangan simpan prasangka buruk", kelihatan dia sedang membuat tutorial makeup sambil mengupas isu kawan iri hati.
"Masa aku tak ada apa-apa, masa aku tengah susah la orang kata, memang diaorang ada. Senang cerita, kawan sampai syurga lah konon. Tapi bila aku senang, diaorang tak senang hati"
"Susah kawan dengan perempuan ni. Asyik nak dengki je. Iri hati, busuk! Kalaulah diaorang tak ada sifat macam tu, confirm video aku penuh pasal diaorang"
Image via @rozyana93 (TikTok)
"Tapi tak ada kan? Yelah, diaorang dah unfollow aku, dah block aku. Nak buat macam mana? Ada jugak yang dulunya rajin like, rajin comment tapi sekarang tak ada. Sampaikan aku yang cari dia weh"
"Tipulah weh aku tak rindu kawan-kawan, tapi nak buat macam mana benda dah jadi. So apa yang penting, kita buat hal kita. Dia nak kawan, kawan. Tak nak kawan sudah. Senang cerita, mana yang masih ada kawan lagi tu, jaga elok-elok. Kalau rasa tak senang hati, cakap elok-elok. Tak perlu tarik muka," katanya.
"That's true, siap buat group lagi. Takpela berkawan dengan suami je" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini meraih 214.7K views, 29.6K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang dikongsi oleh wanita tersebut.
Malah, ramai yang telah menghadapi situasi sama sepertinya dan berpendapat semakin kita di atas, semakin ramai toxic people yang kita akan jumpa.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Image via @rozyana93 (TikTok)
Kenapa mesti dengki, tak boleh ke doakan yang baik-baik? Jangan sibuk fikir life orang lain, fikir diri sendiri dulu okay :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment