Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] TikToker Ini Sound Setepek Orang Tak Reti Gosok Gigi & ‘Keruk’ Lidah, Memang Padu!

Lawak! Tapi apa yang dia cakap tu betul.

Cover image via @norreen143_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi rutin harian kita setiap pagi dan malam sebelum tidur untuk gosok gigi

Seeloknya, kita digalakkan untuk menggosok gigi sehari tiga kali. Ianya demi menjaga kebersihan gigi serta mengelakkan mulut daripada berbau.

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang TikToker famous mengajar cara menggosok gigi dan lidah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bagi warning kalau gosok gigi jangan lupa keruk lidah sekali

Menerusi video yang dimuat naik oleh @norreen143_, dia menceritakan kenangan semasa waktu kecil tentang ibunya yang setiap kali menggosok gigi pasti akan terbelahak.

"Masa aku budak sekolah dulu, bila mak aku mandi je, dia akan dengar satu jeritan dahsyat tau. Macam ada satu bunyi nak mengeluarkan saka daripada mulut dia"

"Sampai aku terfikir, kenapa mak aku keruk lidah macam nak keluarkan anak tekak? Tapi bila aku dah besar, baru aku faham kepuasan bila keruk lidah. Kalau selagi tak berbunyi 'uwekkkk', tak puas"

"Baru macam ni aku yakin nak cakap dengan orang. Korang yang mulut bau ni, gosok gigi ye gosok gigi, lidah kau keruk ke tak? Kadang-kadang yang membuatkan mulut kau ni bau lidah kau tau tak? Dah la gosok gigi pun tak bersih, pergi scaling pun tidak. Lidah kau tak keruk, dah kelabu asap lidah kau bila bercakap dengan aku," bebelnya.

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

"Ye betul selagi tak keruk selagi tu tak rasa puas, aku hari-hari terbelahak bila gosok gigi" - Warganet

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Norreen itu.

Malah, ada yang berterima kasih kepadanya kerana telah menyampaikan mesej yang selama ini orang lain tidak berani untuk tegur kepada kawan-kawan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 777.5K views, 98.8K likes dan 4K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Image via @norreen143_ (TikTok)

Jadi, jangan lupa masa gosok gigi tu keruk lidah sekali okay guys? Barulah mulut wangi! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment