[VIDEO] Tular Insiden Kereta Berasap, Sekali Banyak Pula Kejadian Lucu Berlaku Dalam Video
“3 kemalangan dalam 1 masa” - Netizen.
Kereta merupakan kenderaan yang sering digunakan oleh semua orang dalam kehidupan seharian
Tidak dinafikan, kereta memang merupakan sebuah kenderaan yang perlu dibaiki dan diperiksa sentiasa supaya enjin dalam keadaan yang baik. Kalau berlaku sebarang kecuaian atau kemalangan, ia akan membawa padah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak terkecuali untuk melihat atau memandang ke arah insiden kemalangan berlaku jika berada di atas jalan kan?
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sebuah kereta berasap di tepi jalan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tumpuan semua pada kereta berasap, sekali banyak pula kejadian tak sangka yang berlaku
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sebuah kereta yang berasap dimuat naik di akaun TikTok.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila banyak kejadian yang berlaku dalam satu video itu. Salah satunya adalah apabila seorang lelaki dilihat memecahkan cermin kereta yang berasap itu.
Namun, kelihatan juga salah seorang pejalan kaki yang sakan melihat situasi itu sehingga terlanggar papan tanda.
Lebih melucukan lagi adalah apabila lagi seorang lelaki dilihat jatuh separuh badan ke dalam longkang sambil dia meneliti situasi kereta berasap itu.
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
"Unexpected gila banyak benda jadi dalam satu masa hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 313.7K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
Image via @johnkelabu30 (TikTok)
Mata dah tak tahu nak fokus mana satu. Random gila :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment