"Mei You Qian" - DS Zahid Hamidi Tutur Dalam Bahasa Cina, Tapi Komen Netizen Pula Kelakar
Rupa-rupanya mak angkat DS Zahid Hamidi orang Cina.
Umum mengetahui bahawa negara Malaysia kaya dengan pelbagai adat dan budaya
Bukan setakat itu, kita juga teruja dengan kebolehan ramai rakyat Malaysia yang fasih berbahasa asing. Ada kaum Melayu yang pandai berbahasa Mandarin dan perkara itu sangat mengagumkan ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan DS Zahid Hamidi memberi ucapan dalam bahasa Mandarin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bertutur dalam bahasa Cina sebanyak 7 ayat, netizen siap translate
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman DS Zahid Hamidi sedang berucap telah dimuat naik di akaun Twitter @zaileefd2.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila DS Zahid Hamidi menggunakan bahasa Cina untuk bertutur. Kefasihannya itu diragui oleh segelintir pihak. Namun, ada juga yang mendakwa beliau merupakan anak angkat daripada keluarga Cina sejak kecil dulu.
Ini antara ayat yang dituturkan oleh DS Zahid Hamidi:
Wo Mei You Qian - Saya tak ada duit
Hen Duo Qian - Banyak duit
Bu Zhi Dao - Tak tahu
Bu Yao Qian - Tak nak duit
Wo Shi Ma Lai Ren - Saya orang Melayu
Ni Men Shi Hua Ren - Kamu semua orang Cina
Wo Shi Ma Lai Xi Ya Ren - Saya orang Malaysia
Wo Men Shi Ma Lai Xi Ya Ren - Kita orang Malaysia
"Dia cakap basic sangat ni, tak sia sia kita belajar level 1" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 683K views, 3K retweets, 1K quote tweets, 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!