[VIDEO] Lagu ‘Peluang Kedua’ Diubah Rentak Tradisional Ini Jadi Bualan Ramai. Wow!
Boleh tahan merdu dia.
Siapa je yang tak kenal dengan lagu popular bertajuk Peluang Kedua yang dinyanyikan oleh Nabila Razali ini
Lagu tersebut pernah menjadi satu fenomena dalam industri hiburan tanah air. Dengan lirik yang menyentuh dan ditambah pula dengan muzik menyayat hati membuatkan sesiapa saja yang mendengar dapat merasakannya.
Susulan daripada itu, Nabila Razali juga turut menampilkan versi baru lagu tersebut dengan kolaborasi bersama MK K-Clique yang merupakan seorang penyanyi rap untuk bersama dalam muzik video tersebut.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di laman Twitter apabila menampilkan lagu tersebut dengan versi tradisional bersama tarian.
Image via Harian Metro
Lagu dinyanyikan semula dengan versi yang berbeza, siap dengan tarian sekali
Menerusi video berkenaan, lagu Peluang Kedua itu telah dinyanyikan semula dengan versi tradisional dan diikuti bersama tarian yang mengagumkan.
Apa yang lebih menarik lagi, kelihatan penari-penari tersebut mengenakan pakaian tradisional semasa menari dengan lagu berkenaan.
Difahamkan, penari-penari dalam video berkenaan adalah daripada Genius Seni yang merupakan sebuah program latihan dan pembelajaran berstruktur dalam bidang seni.
"Aku nyanyi kang tak kena dengan tarian, hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang mendengar turut merasakan ia satu kelainan dan merdu bila didengar.
Malah, ada yang berpendapat rentak seperti ini perlu banyak diketengahkan lagi dalam industri muzik tanah air.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 114.8K views, 2.3K retweets dan 3.8K likes.
Berikut adalah komen-komen menarik netizen di Twitter:
Best juga bila lama-lama dengar, jarang nak dapat versi lagu macam ini sekarang :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment