[VIDEO] Berebut Siapa Nak Jadi Imam, Kanak-Kanak Ini Sampai Terpaksa Lawan Osom. Respect!
Best pula tengok mereka main osom.
Seperti yang kita tahu kebaikan berjemaah di surau atau masjid menjadikan pahala kita lebih berganda jika dibandingkan dengan solat bersendiri
Namun, oleh kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin teruk di Malaysia telah memaksa kita semua untuk terus duduk dan kekal berada di rumah.
Jika kita melihat ada anak-anak yang menunaikan solat berjemaah pasti membuatkan sejuk hati melihat mereka ini bukan?
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila sekumpulan kanak-kanak dilihat sedang berlawan main 'osom' untuk menentukan siapa yang akan menjadi imam.
Lawan main 'osom' mahu tentu siapa yang akan jadi imam
Menerusi video tersebut, seorang pengguna telah merakam sekumpulan geng kanak-kanak lelaki yang sedang berada di dalam surau dan bermain 'osom'.
Difahamkan mereka rupa-rupanya sedang berlawan untuk menentukan siapa yang akan menjadi imam. Jadi, siapa yang menang akan diketuai mengimamkan solat jemaah tersebut.
Lihat video penuh itu di bawah:
"MasyaAllah, they didn't fight like you cheat or something. Directly went to the prayer" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut kagum melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu.
Malah, ada yang memuji tindakan mereka yang dari kecil sudah menunjukkan sikap yang bagus dalam mendidik diri sendiri untuk berani menjadi imam.
Ketika artikel ini di tulis video berkenaan telah meraih 687.1K views, 3.1K retweets dan 10.5K likes.