[VIDEO] Viral Straw Coffee Bean Boleh Dimakan, Pekerja Ini Kongsi Pandangan Mengenainya
Kalau rasa nak makan dipersilakan okay.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, penyedut minuman atau straw kebiasaannya akan didapati ketika kita membeli air
Tapi, tahukah anda tular baru-baru ini straw daripada The Coffee Beans & The Leaf boleh dimakan.
Sudah tentu, ramai yang sudah mencubanya dan memberikan padangan mereka masing-masing. Namun, seorang pekerja telah berkongsi videonya di TikTok mengenai pandangannya mengenai straw tersebut telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi makan straw, jelaskan apa bahan yang digunakan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pekerja lelaki sedang berada di kedai sambil memegang beberapa paket yang berisi straw.
Disebabkan straw tersebut telah viral kerana ada yang kata boleh dimakan dan tidak, dia kemudian membuka dan mencubanya sendiri.
Menurutnya, bahan yang diperbuat daripada straw berkenaan adalah beras namun, dia tidak menggalakannya untuk dimakan.
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
"Pernah try makan, betullah straw tu rasa macam beras" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pandangan mereka. Ada yang berkongsi pengalaman sama dan ada juga yang mahu mencubanya sendiri.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 107.5K likes dan 1,555 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Image via @whynotjemah_ (TikTok)
Bagus marketing dia, dapat safe environment juga ;)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment