[VIDEO] Wanita Dicabul & Dirogol Di Hotel Mewah Maldives Ini Jadi Topik Hangat
Difahamkan, wanita itu berasal daripada China.
Bercuti ke pulau Maldives merupakan impian orang ramai kerana kecantikan tempat itu
Namun, percutian seorang wanita ke sana telah menjadi tragedi disebabkan kes rogol yang dialami dirinya baru-baru ini.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Salah seorang staf dari hotel telah merogol wanita itu
Menerusi pengakuan wanita itu di Twitter, dia dilihat berkongsi pengalaman pahitnya kepada orang awam kerana kesnya itu tidak mendapat perhatian sesiapa.
Ceritanya bermula selepas wanita itu check in di hotel yang tidak dikenal pasti. Seorang staf yang bernama Usham telah diberi tugas untuk mengiringinya kelilling hotel.
Pada hari yang sama, dia tidak sengaja menumpahkan air pada telefon sehingga menyebabkan telefonnya tidak dapat berfungsi.
Akibat panik memikirkan bagaimana hendak menghubungi keluarganya, dia segera meminta bantuan front desk. Pihak hotel menghantar Usham sekali lagi.
Usham datang ke biliknya untuk memberi bantuan. Wanita itu cuba masukkan kad simnya ke dalam telefon Usham dan menelefon ibunya.
Apa yang pelik adalah apabila Usham berani duduk atas katil sambil bertanyakan beberapa soalan kepada wanita itu. Usham bertanya kenapa datang seorang diri, mana tempat tinggal dan dia mula memandang ke arah wanita itu.
Sebaik saja wanita itu merasa tidak selesa, lelaki itu bertindak untuk keluar bilik. Namun, Usham kembali lagi kerana ibu wanita itu menghantar mesej melalui WeChat.
Usham kali ini sangat berani dengan bertindak mendekati wanita itu walaupun telah dilarang banyak kali.
Image via @YolyYitong (TikTok)
Malangnya, lelaki itu terus bertindak merogol wanita itu. Wanita itu memutuskan untuk menfailkan kes ini kepada pihak polis dengan bukti yang ada.
Dapat dilihat pada gambar-gambar yang dikongsi, badan wanita itu penuh dengan kesan lebam dan bengkak.
Image via @YolyYitong (TikTok)
Semoga keadilan berpihak kepada wanita ini dan ada pihak autoriti untuk menyiasat kes berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment