[VIDEO] Wanita Dilamar Lelaki Arab Dengan 'Mas Kahwin' RM450,000 Ini Jadi Tumpuan Ramai
Mereka berkenalan ketika mengikuti pengajian bersama di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan di Beijing, China.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Benarlah orang kata 'kalau dah jodoh tidak kemana', jika benar dia adalah jodoh kita maka suatu hari nanti pasti akan bersatu jua
Begitulah kisah seorang doktor wanita berasal dari Konawe Selatan, Sulawesi Tenggara dilamar oleh lelaki dari Arab Saudi dengan mas kahwin bernilai 1.52 bilion rupiah (RM450,000).
Menerusi laporan Utusan Malaysia, kisah pasangan yang bakal bernikah Disember tahun ini menjadi tular di Facebook Haswaty Rais, selepas pihak keluarga lelaki merisik bakal pengantin perempuan di rumah keluarganya.
Tonton video penuh tersebut di bawah:
Dah kenal selama 4 tahun ketika mengikuti pengajian bersama di luar negara
Bapa pengantin perempuan, Samsu berkata, anaknya berkenalan dengan lelaki itu semasa mengikuti pengajian di Fakulti Perubatan Universiti Perubatan di Beijing, China.
“Dr. Ahmad Tariq Said Ahmed Ali adalah senior kepada anak saya di sebuah kampus ternama di China.
“Mereka berkenalan selama lebih empat tahun dan anak saya asalnya ragu-ragu terhadap masa depan hubungan mereka kerana dia belajar di luar negara.
“Anak saya mula yakin dengan hubungan cinta mereka selepas melihat kesungguhan Dr. Ahmed untuk mengahwininya,” katanya.
Image via Herlianti Yumna (Facebook)
Image via Herlianti Yumna (Facebook)
Image via Herlianti Yumna (Facebook)
Majlis pernikahan mereka akan diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Desa Montaha, Kecamatan Angata.
Dr. Ahmed yang berasal dari Jeddah perlu menguruskan proses pendaftaran pernikahan di Kedutaan Besar di Jakarta.
Malah, keluarga pihak lelaki juga perlu menguruskan visa semasa majlis pernikahan nanti.
Semoga perkahwinan yang bakal dibina oleh pasangan ini berkekalan dan berbahagia hingga ke Jannah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment