[VIDEO] Wanita Kongsi Anak Tak Mahu 'Berenggang' Dengan Nenek India Ini Curi Tumpuan Ramai
Amboi, sampai tak mahu balik ya!
Baru-baru ini, kita sering terdengar berita tentang pengasuh yang mendera anak-anak pengasuhnya bukan?
Disebabkan berita sebegini yang membuatkan ramai berasa takut dan lebih berhati-hati untuk memilih pengasuh. Bimbang akan perkara buruk jika tersalah pengasuh.
Namun, bukan semua pengasuh yang berperangai sebegitu. Ada juga pengasuh yang menjaga dengan baik seperti menjaga anaknya sendiri.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, seorang wanita ingin menjemput anaknya pulang namun dia tidak mahu berpisah dengan pengasuhnya yang berbangsa India telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berbeza bangsa bukan penghalang untuk kongsi kasih sayang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @araa_vaniella, kelihatan anaknya berada di pangkuan pengasuhnya yang lebih dikenali sebagai Patti.
Sebaik sahaja dia melihat ibunya, dia terus toleh ke belakang dan tidak mahu ikut ibunya pulang ke rumah. Siap memanggil Patti dengan panggilan emak.
Difahamkan, anaknya itu belum pandai untuk memanggil dirinya ibu, tetapi apabila dengan Patti dia pandai memanggilnya emak.
Menurutnya, situasi ini bukanlah kali pertama berlaku. Patti menjaga anaknya dengan baik sehingga anaknya sudah beberapa kali tidak mahu balik ke pangkuannya.
Lihat video lain si cilik bersama Patti itu di bawah:
"Dapat pengasuh yang serasi adalah satu anugerah" - Warganet
Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji cara layanan pengasuh anaknya. Malah, mereka turut bersyukur anaknya itu ditemukan dengan seorang pengasuh yang baik hati walaupun berbeza bangsa.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 865K views, 49.2K likes dan 837 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @araa_vaniella (TikTok)
Image via @araa_vaniella (TikTok)
Image via @araa_vaniella (TikTok)
Image via @araa_vaniella (TikTok)
Image via @araa_vaniella (TikTok)
Kalau reaksi anak macam ni, kita dah tau anak kita di tempat yang betul <3
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via Tenor
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment