[VIDEO] Wanita Warga India Tertimbus Di Tanah Mendap Jalan Masjid India Masih Lagi Dicari
Setakat ini, kerja-kerja menyelamat masih lagi dijalankan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita warganegara India tertimbus dalam lubang kira-kira 10 meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akibat kejadian tanah jerlus pagi tadi
Menurut laporan BERNAMA, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Hadapan Malayan Masion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan dilaporkan kepada bomba kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Setakat ini, operasi menyelamat masih dijalankan dan pasukan penyelamat menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari mangsa.
Image via BERNAMA (X)
Image via BERNAMA (X)
Komander operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata pasukan operasi dikerahkan dari balai bomba Titiwangsa serta bantuan dari balai bomba Hang Tuah dengan kekuatan 15 orang anggota sebagai pemberi bantuan awal.
"Unit Storm (Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia) dan Unit Pengesan (K9) berada di lokasi kejadian. Maklumat selanjutnya akan dikemas kini dari masa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata ketika kejadian, mangsa sedang berjalan kaki dari Selangor Mansion ke arah Lebuh Ampang dan sebuah kerusi konkrit turut jatuh bersama mangsa
"Buat masa ini, kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup serta mengambil rakaman keterangan saksi yang berada di lokasi kejadian.
"Tiada maklumat lanjut yang boleh diberikan buat masa ini termasuk kronologi sebenar insiden. Sejurus mangsa ditermukan, kita akan kemas kini maklumat," katanya.
Lihat rakaman CCTV kejadian di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment