Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] YouTuber Buat Kejutan Hadiah 10K Untuk Ibu Tersayang Buat Ramai Sebak. Inspiring!

Alahai, sebaknya part yang last tu. :')

Cover image via Twitter @cupcake_aisyah

Kejayaan yang paling dicemburui oleh setiap orang adalah apabila seseorang itu mampu untuk memberikan sesuatu kepada orang tua dengan hasil kerja keras sendiri

Image via Giphy

Apa jua rezeki dan kejayaan yang telah dicapai oleh seseorang itu akan lebih bermakna dan mulia apabila setiap hasilnya itu datang dari diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda mampu untuk mencapai sesuatu yang diingini di usia yang masih muda.

Bangga yang tidak terkata.

Seperti satu video yang tular baru-baru ini pada 29 Disember 2019 menunjukkan reaksi seorang ibu kepada YouTuber dan influencer Cupcake Aisyah yang dikejutkan dengan wang tunai RM10,000!

Cupcake Aisyah, YouTuber & Influencer terkenal.

Image via Cupcake Aisyah

Kejutan itu dibuat dengan cara yang lain daripada yang lain iaitu mengadakan permainan yang dipanggil 'What's In The Box Challenge'. Ibunya harus meneka apa yang ada di dalam kotak tersebut dan akhirnya, wang tunai sebanyak RM10,000 itu dijadikan sebagai sebahagian daripada 'barang' yang perlu diteka.

Lihat video penuh di bawah:

Sebak pula tengok video ni. :')

Video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 368,834 ribu tontonan setakat ia dimuat naik pada 29 Disember 2019 yang lalu

Bukan setakat itu sahaja, reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh orang ramai turut menjelaskan betapa mereka semua terasa 'inspired' dengan apa yang dilakukan oleh anak muda, Cupcake Aisyah ini.

Image via YouTube/Cupcake Aisyah

Image via YouTube/Cupcake Aisyah

Apa-apapun, Cupcake Aisyah memang terbaik! :)

Semoga tahun 2020 ini bakal menjanjikan rezeki yang mencurah untuk kita semua supaya dapat memberikan kebahagiaan buat ibu bapa. Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment