Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Viral Kembar 7G Tayang Nombor Plat Kereta Mewah, Netizen Minta Jangan Tunjuk 'Kebodohan'

Lain macam pemilihan nombor plat kereta dia ya.

Cover image via @iera.tajudin (Instagram)

Umum pasti pernah dengar berita mengenai sepasang kembar yang pernah mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan gurunya kerana mendapat 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Mereka berdua yang dikenali sebagai Iera Tajudin dan Ieka Tajudin pernah mencetuskan perbalahan hangat di media sosial gara-gara tindakan mereka itu.

Walaupun isu itu telah lama berlalu, namun ramai yang masih mempertikaikan kelakuan mereka di media sosial.

Terbaru, kembar ini dilihat memuat naik sebuah foto yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bersama kereta mewah miliknya.

Kembar itu bangga untuk menggunakan nombor plat kereta 7G

Isu itu menjadi lebih hangat apabila Iera Tajudin memuat naik gambarnya di Instagram bersama kereta mewahnya dengan menggunakan nombor plat kereta WA 7G.

"Nombor plate macam ni boleh buat tak? yelah dulu kan ramai orang cakap 7g spm ni takda masa depan but alhamdulillah masa tu pun masih ada yang positive dengan iera ingat guys! Manusia boleh berubah, yang jahat boleh jadi baik. Dan yang baik pun boleh jadi jahat. Stop judging others and spread positive vibes." katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kapsyen tersebut dan berpendapat keputusan sebegitu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan

Wah, kereta dia bukan biasa-biasa ya walaupun 7G

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment