Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kurang Ajar Betul" - Viral Screenshot Budak 'PM Tepi' Perdana Menteri Suruh Tunda Sekolah

Ada juga screenshot memohon agar virus Covid-19 kembali, di samping memberi tips untuk dijangkiti wabak berkenaan semata-mata tidak ingin ke sekolah

Cover image via Daily Express Twitter

Selepas hampir tiga bulan diarahkan tutup, semua sekolah di seluruh negara yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Pendidikan 4 All

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan KPM.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Image via Berita Harian

Manakala bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Tambah Dr Radzi, pembukaan itu akan dibuat menggunakan tiga model pengoperasian yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Susulan daripada pengumuman pembukaan sekolah ini, tular pula screenshot memaparkan reaksi beberapa budak sekolah di laman sosial.

Lebih mengejutkan, siap ada yang telah 'PM tepi' Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Selain meminta kepada Tan Sri Muhyiddin supaya menunda pembukaan sekolah, terdapat juga  yang memohon agar virus Covid-19 kembali, di samping memberi tips untuk dijangkiti wabak berkenaan semata-mata tidak ingin ke sekolah.

Berikut adalah antara paparan skrin yang telah tular di laman sosial:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Perkara ini ternyata telah menaikkan kemarahan dan membimbangkan ramai pihak yang merasakan budak-budak ini berfikiran tidak matang serta bersikap kurang ajar kerana tidak menghormati pemimpin negara.

Meskipun tidak dapat dipastikan kesahihan screenshot yang tular itu, namun tinjauan di laman Twitter mendapati ramai yang tidak berpuas hati dan mengamuk selepas membacanya

Berikut adalah beberapa reaksi pengguna di laman Twitter ekoran perkara ini:

Apa pendapat korang lepas baca screenshot tu? Menyirap kan?!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment