Viral Video Polis Tampar Lelaki Naik Koc Wanita Di India, Netizen Gesa KTM Buat Benda Sama
Polis di India dibenarkan untuk berbuat demikian gara-gara masalah gangguan seksual yang sering berlaku di dalam pengangkutan awam.
Tular di laman sosial rakaman video polis menampar golongan lelaki yang menaiki koc wanita di sebuah tren di negara India
Menerusi video berdurasi 33 saat yang dikongsi pengguna Twitter @anthraxxxx, dipercayai kejadian ini merupakan satu perkara biasa yang kerap berlaku ketika menaiki Delhi Metro.
Polis di sana dibenarkan untuk berbuat demikian gara-gara masalah gangguan seksual yang sering berlaku di dalam pengangkutan awam.
Difahamkan golongan lelaki di negara India selalu ditemui berada di dalam koc wanita gara-gara mereka merasakan ianya tidak adil bagi wanita untuk mempunyai koc sendiri di dalam tren sekali gus menampakkan yang hak kesamarataan tidak ada di sana.
Namun begitu, dalam video tersebut dapat dilihat bahawa lelaki yang menaiki koc wanita bersama isteri dan anak-anak tidak diapa-apakan kerana difahamkan juga di sana mereka percaya sebuah keluarga tidak sepatutnya dipisahkan.
Menerusi tinjauan di ruangan reply pada tweet itu bagaimanapun mendapati bahawa ramai warganet dari Malaysia bersetuju dengan tindakan polis menampar lelaki-lelaki berkenaan
Bahkan rata-rata yang mengharapkan inisiatif menampar lelaki yang menaiki koc wanita ini turut diamalkan di Malaysia.
Antara komen menarik dari warganet:
Di negara kita juga telah disediakan koc Merah Jambu iaitu kos khas yang diperuntukkan kepada penumpang wanita bagi perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Meskipun koc Merah Jambu ini telah mula dikuatkuasakan pada April 2010 tetapi masih terdapat lagi golongan lelaki yang memasuki bahagian tersebut tanpa segan silu.
Image via Berita Harian
Walaupun begitu, isu keselamatan pengguna terutamanya wanita masih dititikberatkan yang mana dalam setiap gerabak tren diletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi situasi di dalamnya agar sentiasa kondusif kepada penumpang.
Malahan dalam tren tersebut turut ditempatkan beberapa mata-mata untuk memerhatikan pengguna di dalamnya agar tidak melakukan sebarang salah laku yang mengundang ketidakselesaan penumpang lain.
Image via FMT
Sekiranya terdapat sebarang salah laku, mangsa disarankan membuat laporan polis selain melapor pada pihak KTMB itu sendiri secepat mungkin.
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment