seismik

'ETS Business Class' Dari KL Ke Perlis Lengkap Dengan WiFi & Hidangan Percuma!

WiFi ada, port pengecasan USB ada, dan macam-macam lagi ada.

Cover image via KTM Berhad / Facebook

Pada 26 September 2019, KTMB memuat naik sekeping gambar teaser menunjukkan koc terbaru 'Business Class' mereka untuk ETS

"Dah dapatkan tiket ETS Business Class ke belum?" tulis KTMB di ruangan caption gambar tersebut.

Post berkenaan mendapat lebih 3 ribu reaksi ketika artikel ini ditulis.

Selain memuatkan kerusi yang lebih besar dan luas, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kemudahan baru yang moden dan serba lengkap

Penumpang boleh menikmati hiburan video dan audio, sambungan WiFi, port pengecasan USB, hidangan dalam kabin, kit perjalanan, dan tempat duduk berbaring 45 darjah.

Koc ini juga didatangkan khas dengan pelayan, sama seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat.

Daripada jumlah 36 kerusi, 12 adalah kerusi perseorangan, manakala baki 24 adalah kerusi berpasangan. Setiap kerusi juga boleh dipusingkan mengikut arah tren bergerak. Jadi, tidak ada lagi kes di mana tren bergerak ke hadapan, namun penumpang perlu menghadap ke arah bertentangan.

Buat masa ini, hanya ada satu koc Business Class daripada enam koc dalam satu keretapi.

ETS Business Class akan beroprasi dari KL Sentral hingga ke Padang Besar, Perlis bermula 11 Oktober 2019

Bersempena dengan pelancaran itu, orang dewasa boleh membeli tiket sehala pada harga promosi RM50 untuk perjalanan KL Sentral - Ipoh, Perak atau RM112 untuk perjalanan KL Sentral - Padang Besar, Perlis.

Warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), dan kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun layak mendapat diskaun konsesi sebanyak 50%. Tiada bayaran akan dikenakan kepada kanak-kanak berumur antara satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk).

Harga tiket termasuk hidangan dalam tren bagi setiap penumpang.

PS: Promosi ini telah mula ditawarkan sejak 12 September lalu dan hanya untuk perjalanan dari 11 Oktober sehingga 30 November 2019 sahaja.

KTMB merekodkan bilangan penumpang seramai 3.91 juta bagi ETS tahun lepas

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsuddin berkata ETS Business Class ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak pengguna yang inginkan keselesaan ketika dalam perjalanan.

Malah pada tahun ini, 2.15 juta orang telah menaiki ETS sehingga Julai dengan purata 10,400 penumpang setiap hari.

Maklumat lanjut mengenai ETS Business Class. boleh didapatkan di laman web KTMB.

Tak sabar!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: