seismik

Laluan Baru KTM Ini Bolehkan Anda Travel Dari KL Sentral Ke Subang Skypark Dalam 28 Minit

Akhirnya!

Cover image via Transport Cinematic | Harian Metro

Berita baik untuk mereka yang selalu travel ke Subang Skypark atau Lapangan Terbang Subang!

Setelah lama menunggu, KTM akhirnya melancarkan laluan baru dari KL Sentral terus ke Subang Skypark bermula 1 Mei.

Projek bernilai RM521 juta itu mula dibina oleh kerajaan pada 2013 dengan jangkaan siap pada 2016.

Namun, ia terpaksa ditangguh atas sebab-sebab tertentu dan diberi lanjutan masa sehingga Jun 2018.

Menurut KTMB, perjalanan dari KL Sentral ke Subang Skypark akan mengambil masa sekitar 28 minit sahaja!

Laluan baru ini memberi alternatif untuk penumpang ke Lapangan Terbang Subang, yang menempatkan syarikat penerbangan seperti Malindo Air dan Firefly.

Laluan ini hanya mempunyai satu hentian iaitu di Subang Jaya.

Image via Metro Blog

Tren pertama berlepas dari KL Sentral setiap hari pada jam 5.30 pagi, manakala tren terakhir pada 9.25 malam.

Dari Subang Skypark pula, tren pertama adalah pada jam 7.50 pagi dan tren terakhir pada jam 11.20 malam.

KTMB menggunakan tren baru untuk laluan ini.

Image via Transport Cinematic / Facebook

Buat masa ini, kekerapan tren adalah di antara 60-180 minit sehingga 31 Mei.

Dari 1 Jun ke atas, kekerapan adalah setiap satu jam.

Lebih menarik, perkhidmatan ini boleh digunakan secara PERCUMA sehingga 31 Mei 2018!

Image via Harian Metro

Kadar tiket selepas tempoh percubaan percuma selesai masih belum didedahkan oleh KTMB.

Harian Metro melaporkan bahawa laluan baru ini diterima baik oleh rakyat Malaysia. Seorang penumpang berkata ia telah membantu beliau menjimatkan masa dan wang kerana dia kini boleh menuju ke Subang Skypark tanpa perlu memandu kereta.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tengok stesen-stesen MRT dengan tema yang berbeza pada setiap stesen?

Baca juga tentang projek bertaraf dunia, Rawang Bypass DI SINI:

You may be interested in: