"Wajib Ada" - Ini 7 Kuih Popular Perlu Beli Untuk Lengkapkan Mood Raya Anda. Sedap!
Dah beli kuih raya belum?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pejam celik, pejam celik, sekejap saja dah nak raya betul tak? Rasa rindu nak tinggalkan bulan Ramadan ini
Sudah pasti, ramai orang yang sudah membeli-belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Bukan itu saja, malah ramai yang rindu suasana menyambut raya di kampung halaman.
Iyalah, sudah dua tahun tidak dapat beraya di kampung kan? Harap tahun ini kita dapat menyambutnya seperti dulu.
Selain daripada membeli pakaian raya, kuih raya juga antara perkara penting perlu dibeli semasa hari raya. Kadangkala rasa tak lengkap kalau tiada kuih raya di rumah.
Jom kami kongsikan kepada anda antara 7 kuih raya popular yang anda wajib ada!
1. Almond London
Image via My Weekend Plan
Bila sebut saja kuih Almond London, pasti semua orang tahu. Kuih ini menjadi antara pilihan bagi tetamu yang hadir kerana gabungan rasanya yang sangat sedap. Wajib beli satu!
2. Tart Nenas
Image via Resepi Senang
Kuih ini memang cukup dekat dengan masyarakat kita. Ia juga antara kuih yang paling laku semasa hari raya. Ada yang sampai beli berbalang-balang untuk merasainya.
3. Cornflakes Madu
Image via Che Nom (YouTube)
Kerangupan kuih ini memang tidak dapat ditandingi lagi. Kuih ini sangat disukai oleh pelbagai peringkat umur. Dari yang kecil hinggalah dewasa.Kadangkala sampai tak sedar dah makan terlalu banyak!
4. Semperit
Image via Utusan TV
Seperti kuih lain, semperit juga antara kuih tradisional yang pasti dicari ketika musim perayaan. Bila makan saja, ia dapat mengimbau zaman kanak-kanak dulu betul tak? Beli satu dekat rumah korang okay!
5. Popia simpul
Image via Mykmu.net
Teksturnya yang ranggup berintikan serunding memang buat anda leka ketika menikmatinya. Cara pembuatannya mudah saja dengan menggunakan kulit popia dan inti serunding, tetapi paling penting kenalah tahu cara untuk menyimpulkannya.
6. Biskut Sarang Semut
Image via Suka Resepi
Nama kuih ini memang sangat unik. Hasil bentuknya yang seakan-akan sarang semut menjadi sebab ia dinamakan kuih sarang semut. Kuihnya rangup di luar dan sangat lembut di dalam.
7. Popia Nestum
Image via Dear Nestle
Sebut saja pasal popia nestum, mesti dah terbayang kerangupannya bukan? Ia disalut dengan tepung nestum yang cukup manis. Namun, proses pembuatannya agak sedikit susah. Jadi, anda boleh beli saja di kedai untuk lebih memudahkan.
Ini baru sedikit saja kuih yang kami listkan, sebenarnya ada banyak lagi. Terpulang ikut cita rasa anda! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment