Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wajib Kena Ada Satu Dalam Kereta, Ini Antara Senarai Dash Cam Mampu Milik Anda Boleh Beli

Add to cart!

Cover image via Sunsky Suara.TV

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dash cam merupakan salah satu alat yang penting dan wajib dipasangkan dalam kereta anda

Hal ini kerana dash cam mampu menjadi sebagai bukti jikalau sesuatu berlaku kepada anda. Ianya boleh diibaratkan seperti 'kotak hitam' atau  black box pada kereta.

Jika kita lihat hari ini memang ramai yang telah memasang dash cam pada kereta mereka sebab takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagi anda yang masih tercari-cari dash cam berkualiti dengan harga yang berpatutan mengikut bajet anda, di sini kami ada senaraikan antara dash cam yang boleh anda beli.

1. 70mai A400

Image via 70mai

Image via Tunglskin

70mai adalah antara jenama dash cam yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai. Kualiti kameranya yang terang dan jelas pasti membuatkan anda tidak menyesal membelinya. Anda juga boleh memasang kamera di bahagian belakang juga dengan tambahan.

Harga bermula dari RM209.00 hingga RM309.00 . Klik di sini untuk beli.

2. 70mai Dashcam Pro Plus+ A500S

Image via 70mai

Image via Gstyle Mag

Produk kedua keluaran 70mai ini juga adalah antara yang terbaik dan sering menjadi pilihan. Skrinnya sedikit lebih besar daripada A400 dan memudahkan anda lebih senang untuk melihat.

Ia juga hadir dengan pilihan tambahan untuk kamera belakang. Paling best anda boleh download video menggunakan wifi saja!

Harga bermula dari RM269.00 hingga RM369.00  Klik di sini untuk beli.

3. DDPai Malaysia Dash Cam Mini

Image via Xiaomi Planet

Image via Redskull (YouTube)

Bentuknya sedikit kecil dengan dash cam yang lain tetapi ia mempunyai 1080P Full HD image quality. Harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik untuk anda yang mahu kamera bajet. Jadi apa tunggu lagi? Beli segera!

 Harga bermula dari RM139.00 hingga  RM269.00. Klik di sini untuk beli.

4. GOQ D208 Mirror Car Dash Cam

Image via Shopee

Image via Harga Borong Malaysia (YouTube)

Dash cam ini adalah bentuk cermin pandang belakang kereta. Ianya sangat unik kerana anda boleh menggunakan cermin ini dan dalam masa yang sama di sebelah tepinya terdapat video rakaman dash cam. Menarik kan? Harganya juga sangat berpatutan.

Harga bermula dari RM85.00 hingga RM105.00. Klik di sini untuk beli.

5. Xiaomi Mi Dash Cam 1S

Image via DirectD

Image via Tech Walls

Xiaomi Mi Dash Cam 1S menggunakan teknologi pemprosesan imej HD 1080p. Kualiti videonya sangat jelas walaupun pada waktu malam. Malah, bunyinya juga jelas didengar.

Harga bermula dari RM289.00 hingga RM368.00. Klik di sini untuk beli.

6. HP F560X Dash Cam

Image via Shopee

Image via all IT Hypermarket

Jika anda suka memandu di bandar pada waktu malam, biarkan f560x memukau anda dengan resolusi yang terang sambil merakamnya di sekeliling.

Fungsi Wi-Fi dengan aplikasi operasi mudah memberikan lebih nilai kepada f560x. Kamera belakang 1080p ialah pilihan yang sempurna untuk melengkapkan kereta anda dalam paparan penuh.

Harga bermula dari RM299.00 hingga RM399.00. Klik di sini untuk beli.

7. DDPai Dash Cam Mola N3

Image via Pokde

Image via Suara.TV

Dash cam ini pernah menjadi tular kerana featuresnya yang sangat canggih sehingga boleh mengetahui had kelajuan kereta lain. Model ini juga adalah salah satu model jenama DDPai yang paling laris dijual.

Harga bermula dari RM219.00 hingga RM379.00. Klik di sini untuk beli.

Sale nanti boleh grab cepat-cepat guys sebelum sold out!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment