"Wajib Qadha Puasa" - Penyampai Radio Mohon Maaf Siar Azan Maghrib Lebih Awal 4 Minit
Batal puasa jika buka awal sebab azan di radio tersilap.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, seorang penyampai stesen radio tempatan Tawau di Sabah tampil memohon maaf susulan kesilapan teknikal itu
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, penyampai radio terbabit menjelaskan berlaku kesilapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.
"Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan kesilapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.
"Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu," katanya sambil menjelaskan perkara itu disebabkan oleh kesilapan teknikal dan kesilapan dirinya sendiri.
Image via Mohd Safwan (Facebook)
Mohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu
Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terkesan dengan situasi tidak diduga itu.
"Kesilapan ini, adalah kesilapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.
"Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon 'share' permohonan maaf ini," ujarnya.
Batal puasa jika buka awal sebab azan di radio tersilap
Umat Islam yang berbuka puasa lebih awal kerana azan Maghrib dari kesilapan stesen radio tempatan dianggap terbatal puasanya dan perlu diganti balik selepas Ramadan.
Demikian penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai mengulas insiden yang mungkin ada terjadi di negara ini.
“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah pun tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqadha' semula menurut jumhur ulama,” terang beliau ringkas.
Hantaran berbentuk infografik tersebut disiarkan menerusi laman sosial rasmi tokoh agama itu sebagai merujuk soalan adakah sah puasa jika juruhebahnya terkhilaf memasang azan awal.
Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berlaku dan umat Islam dapat lebih berhati-hati serta tidak terburu-buru berbuka lebih awal :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment