Waktu Yang Efektif Untuk Bersenam Di Bulan Puasa Supaya Kekal Sihat
Boleh buat pelan-pelan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan puasa bukanlah penghalang untuk anda melakukan aktiviti senaman
Meskipun anda sedang berpuasa, sebenarnya banyak saja cara bersenam anda boleh lakukan untuk mengeluarkan peluh.
Tidaklah perlu melakukan senaman terlalu berat kerana pada masa itu perut kita kosong dan tidak banyak tenaga.
Jadi, jom kami kongsikan kepada anda antara waktu efektif anda boleh cuba semasa bulan puasa.
1. Lakukan senaman ringan 30 minit ke satu jam sebelum waktu berbuka puasa
Image via Harian Metro
Sebelum berbuka puasa, anda boleh lakukan senaman 30 minit atau satu jam masa sebelum anda berbuka.
Jadi, tak adalah terasa terlalu lama sangat nak menunggu waktu berbuka tu. Senaman semasa perut kosong ini sedikit sebanyak akan membantu dalam pembakaran lemak anda.
Bila tiba waktu berbuka nanti bolehlah anda makan kembali untuk menggantikan tenaga yang sudah hilang.
2. Senaman selepas berbuka
Image via Maskulin
Jika tadi sebelum berbuka, ini pula adalah waktu selepas berbuka puasa. Selepas berbuka puasa tenaga kembali banyak kerana sudah makan.
Jadi, bolehlah anda melakukan senaman lebih lama. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti senaman tanpa risau mengenai penat.
3. Senaman selepas sahur
Image via Irish Times
Selepas anda bersahur, adalah digalakkan juga untuk anda melakukan senaman ringan. Hal ini kerana badan anda telah menerima tenaga makanan semasa sahur.
Ia adalah waktu terbaik untuk anda mengeluarkan peluh, namun pilihlah senaman secara ringan sahaja. Anda tidak perlu senaman berlebihan pada waktu ini.
Sekurang-kurangnya 10 minit hingga 15 minit sudah memadai.
Yang suka pergi gim tu boleh cuba waktu ini untuk korang bersenam ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment