seismik

Panduan Untuk Solat Tarawih Di Rumah Secara Sendirian Bagi Wanita

Boleh buat bersama selepas ini.

Cover image via Detik (Gambar sekadar hiasan) & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan Ramadan sememangnya waktu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia

Pada bulan inilah ganjaran pahala digandakan dan penuh dengan keberkatan. Bagi kaum lelaki jika dilihat tiada masalah untuk mereka pergi ke masjid, namun bagi wanita ia pasti banyak kekangan tambahan lagi jika anda seorang ibu.

Jadi, jom kami kongsikan kepada anda panduan dan cara solat tarawih bagi perempuan di rumah yang mempunyai kekangan untuk ke masjid.

Solat tarawih dikerjakan setelah mengerjakan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Jadi, selepas ini kaum wanita atau ibu-ibu tak perlu risau kerana anda masih boleh melakukannya sendiri walaupun tidak dapat ke masjid.

Lafaz niat dan jumlah rakaat solat tarawih

Bilangan rakaat Solat Tarawih adalah 8 atau 20 rakaat. Ia dilakukan secara 2 rakaat - 2 rakaat dan begitulah seterusnya sehingga cukup 8 atau 20.

Solat tarawih perlu dimulakan dengan lafaz niat sembahyang sunat tarawih (rujuk gambar di bawah).

Bacaan Surah dalam Solat Tarawih

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca semasa solat sunat tarawih. Namun, anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih 8 rakaat:

Image via Aku Islam

Cara Solat Sunat Witir Selepas Tarawih

Solat Witir boleh dilakukan satu rakaat, tetapi bagi had yang sempurna ialah sekurang-kurangnya tiga rakaat (dua kali salam).

Niat Solat Witir 1 rakaat:

Niat Solat Witir 3 raakat:

Untuk cadangan surah, anda boleh bacakan seperti berikut:

  • Rakaat pertama: Surah al-Fatihah dan surah al-A’la.
  • Rakaat kedua: Surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
  • Rakaat ketiga: Surah al-Ikhlas/al-Falaq/an-Nas.
Nota: Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya samalah dengan lafaz qunut solat fardhu Subuh.

Doa selepas solat Sunat Witir:

Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek. 

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

Image via Aku Islam

Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali:

Image via Aku Islam

Selepas itu zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

Image via Aku Islam

Doa Penutup Selepas Solat Witir:

Selesai zikir, maka bacalah doa penutup.

Image via Aku Islam
Image via Aku Islam

Jangan risau tak dapat solat berjemaah di masjid, buat sendiri pun boleh :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: