Wanita Ini Bongkar Sisi Gelap & Rahsia 'Founder' Produk Timbang Kilo Yang Ramai Tak Tahu
Rupa-rupanya ramai yang guna taktik ini.
Kalau anda perasan, ramai founder di Malaysia yang mempamerkan kemewahan mereka di media sosial, betul tak?
Antaranya adalah rumah mewah, kereta sport, beg tangan berjenama dan sebagainya. Senang cerita, memang seronoklah tengok gaya hidup mereka.
Ramai percaya bahawa kekayaan itu semua adalah hasil daripada keuntungan perniagaan mereka, namun baru-baru ini tular mengenai seorang individu mendedahkan taktik kotor founder-founder ini untuk menipu orang ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Guna macam-macam taktik kotor dalam perniagaan
Image via Malaysia Dateline
Menerusi perkongsian posting daripada Emma Harshaw Fx, kelihatan wanita itu mendedahkan terdapat beberapa taktik yang diajarkan kepada pengasas produk timbang kilo untuk mendapat kejayaan dalam tempoh singkat. Antaranya adalah:
1. Sertai komuniti geng pengasas
Menurutnya, golongan founder ini pada mulanya dipelawa untuk menyertai komuniti bersama individu lain yang turut menjadi pengasas produk berpusat di negeri Kelantan.
Pada ketika itu, wanita berkenaan diajak untuk menyertai kumpulan tersebut adalah kerana dilihat mempunyai rupa serta berpotensi untuk berjaya. Namun, 'pangkatnya' dikatakan agak rendah sedikit berbanding yang lain kerana bukan berasal daripada negeri Kelantan.
Image via NB Cream Terengganu
2. Pembekal
Kedua, segelintir founder mendapatkan bekalan produk mereka daripada kilang kosmetik OEM bertaraf GMP yang berada di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor. Malah, beberapa founder lain memberitahu jika produk itu dibuat di kilang Thailand, harganya jauh lebih murah.
Image via NB Cream Terengganu
3. Perbincangan
Semasa wanita itu membuat perbincangan dengan kilang, dia membuat keputusan untuk mengeluarkan produk krim muka. Kilang senaraikan nak bau dan bentuk macam mana. Ketika itu masih tiada packaging.
"Buat diluar dan hantar ke kilang. MOQ minimum 500 pieces. Satu jatuh kos RM10.80. Aku boleh jual retail dalam RM30. Kilang tu sendiri akan uruskan dapat not KKM. Kalau buat di kilang Thailand, kos modal quote dalam RM3.40 (seplastik) tapi urusan KKM aku kena uruskan sendiri. Kalau korang ingat ada founder yang produk dia kantoi ada merkuri, haa dia pakai kilang Thailand la tu," katanya.
Image via mStar
4. Modal
Kos di awal perniagaan dianggarkan berjumlah RM15,000, manakala jumlah untuk melakukan pemasaran termasuklah menyewa kereta, rumah serta iklan di media sosial adalah lebih kurang RM30,000.
Sebagai permulaan perniagaan, wanita itu terpaksa membuat pinjaman sebanyak RM40,000 dan menambah sedikit duit simpanannya berjumlah RM10,000 bagi memulakan perniagaan produk timbang kilo.
5. Database
Image via Corporate Finance Institute
"Waktu tu geng founder ada share database agent yang bernaung bawah mereka. Tapi kena bayar sikit. Tak ingat berapa tapi dalam RM5,000 juga. Jadi, jangan terkejut kalau korang jadi stokis untuk produk A, tiba-tiba dapat invitation jual produk B pula. Cuma stokis ni satu je mindset dia, produk baru, jadi yang terawal jual cepat-cepat. Lepas tu cari produk lain," katanya.
6. Marketing
"Aku berjaya jual 6000 pieces dalam masa seminggu je. Tapi semua aku jual dengan agent. Agent yang biasa buat fake review dan marketing. Keuntungan aku dapat dalam RM12 setiap satu. So untung kasar dalam RM90,000. Untung bersih dalam RM 0,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam RM100,000 hingga RM200,000. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand, mudah nak jadi jutawan dengan dua hingga tiga cycle je," katanya lagi.
7. Jualan
Image via Media Maklumat
Menurutnya, dia berjaya jual 6000 pieces dalam masa seminggu saja. Tapi, kesemua produk itu dijual dengan agent yang biasa buat fake review dan marketing. Keuntungannya adalah dalam RM12 setiap satu.
"So untung kasar dalam RM90,000. Untung bersih dalam RM40,000. Kalau aku pakai kilang Thailand, untung bersih aku akan jadi dalam RM100,00 hingga RM200,00. Sebab tu geng yang buat di kilang Thailand mudah nak jadi jutawan dengan 2-3 cycle je," katanya.
Berikut di bawah adalah antara taktik penipuan yang diajar untuk pengasas produk timbang kilo:
- ‘Overclaim’ dengan membuat review palsu bersama agent dan founder yang lain.
- Acah-acah mempunyai rumah mewah.
- Memperdaya pihak KKM dengan menghantar produk sampel berlainan dengan apa yang diuji dan dijual.
Walau bagaimanapun, difahamkan wanita itu kini telah diancam oleh individu yang kononnya ingin menyamannya kerana mendedahkan taktik penipuan tersebut
Image via Emma Harshaw Fx (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment