Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Wanita Ini Hidap 5 Penyakit Kronik, Mengaku Sudah 6 Tahun Tak Kencing

Siapa potong bawang ni?

Cover image via @amsyar_iii (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TikTok Live telah menjadi satu medium untuk pencipta kandungan berbual dengan penonton selain untuk menjual beli

Baru-baru ini, tular rakaman tangkap layar video seorang lelaki yang dikenali sebagai Acap dan peminatnya.

Perbualan bermula dengan bersahaja tetapi menjadi sayu apabila pempengaruh tersebut bertanyakan tentang keadaan peminatnya itu yang kelihatan tidak sihat.

Ia amat mengejutkan apabila peminatnya memberitahu bahawa dia kini menghidap lima penyakit kronik dan satu-satunya hasrat yang dia ingin capai adalah untuk berbual dengan pempengaruh tersebut sebelum 'terlambat'.

Wanita yang berumur 33 tahun itu menghidap penyakit kronik sejak berumur 15 tahun. Pada awalnya, dia menghidapi penyakit kencing manis berpunca daripada faktor genetik keluarga dan selepas 10 tahun, dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang pula.

Image via @amsyar_iii (TikTok)

Dia tidak membuang air kecil selama enam tahun akibat kedua-dua buah pinggangnya tidak lagi berfungsi

Selain itu, wanita itu menghidapi penyakit kronik buah pinggang di mana kedua-dua buah pinggang tidak berfungsi. Dia terpaksa pergi ke rawatan dialisis ketika ini.

Wanita itu pernah koma sebanyak lapan kali dan dimasukkan ke ICU sebanyak tujuh kali. Dia juga menghidap penyakit hati bengkak. Dia perlu tebuk perut supaya tidak bengkak wajib sebulan sekali. Baru-baru ini, dia juga didiagnos jantung bocor.

"Aku pun ikut menangis, semoga sis tu sentiasa kuat dan tabah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 187K tanda suka dan 4K komen di TikTok, netizen turut bersimpati dengan wanita itu. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Image via @amsyar_iii (TikTok)

Image via @amsyar_iii (TikTok)

Image via @amsyar_iii (TikTok)

Lihat video penuh itu di bawah:

Kuatnya akak tu, semoga semua dapat jadikan perkongsian ini sebagai iktibar untuk kita terus bersyukur.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment