Wanita Ini Jawab Soalan Netizen Tentang Apa Patut Buat Selepas Parent Meninggal, Penting!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ajal dan maut merupakan rahsia Tuhan yang terbesar dalam hidup
Baru-baru ini, tular sebuah kenyataan tentang soalan jika ibu bapa meninggal, apa yang patut dilakukan di laman X.
Soalan itu menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai. Seorang wanita @ndhrxx_ bertindak membalas persoalan itu dengan beberapa panduan yang perlu dilakukan selepas seseorang itu meninggal.
Image via @ketengahketepi (X)
Berikut merupakan panduan yang dikongsikan:
1. Pergi JPN buat surat kematian, sediakan kad pengenalan parent (fotostat kad pengenalan dulu untuk tujuan simpan buat kenangan sebab nanti JPN akan ambil IC).
2. Kalau parent bekerja, boleh pergi SOCSO. If ayah meninggal dan masih ada isteri dan adik bersekolah, boleh dapat monthly allowance berdasarkan gaji ayah.
3. Kalau ada Amanah Saham Bumiputera, boleh pergi kaunter dan tuntut khairat kematian.
4. Setelah itu, pergi KWSP, kalau tak letak penama, kena pergi mahkamah kecil untuk pengeluaran faraid duit KWSP.
5. Akaun bank pun akan dibekukan. Boleh pergi kaunter bawa surat kematian untuk tutup akaun. Jika ada duit dalam tu, kena faraid juga.
6. Untuk aset seperti kereta dan rumah, kalau masih buat peminjaman atas nama mereka, boleh pergi ke bank untuk inform.
7. Untuk kereta, selagi tak tukar nama, roadtax boleh renew 6 bulan.
8. Sijil mati, IC parent yang meninggal, and IC parent lagi satu, sijil nikah kalau boleh fotostat banyak siap-siap sebab semua tempat akan minta so better prepare siap-siap.
Jika berkenaan hal faraid pula, perlu pergi ke mahkamah syariah kalau nak senang
Image via @hatisayalembut (X)
Image via @hatisayalembut (X)
Lihat posting itu di bawah:
Semoga dapat membantu sesiapa yang memerlukan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment