Wanita Kongsi Tradisi 'Majlis Panggil Menantu' Dalam Keluarga, Semua Riuh Sakat Pengantin!
Meriah keluarga dia, best!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali adanya majlis perkahwinan, sudah tentu pengantin akan berkenalan dengan keluarga baru sebelah pasangan mereka
Sesetengah keluarga besar pula ada yang mengamalkan tradisi turun temurun setiap kali menerima ahli baru untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.
Seperti apa yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila dia memuat naik video di TikTok memaparkan keluarganya membuat 'Majlis Panggil Menantu' sebaik saja selesai majlis persandingan pengantin telah mencuri tumpuan ramai.
Image via @akmaabdullah_ (TikTok)
Image via @akmaabdullah_ (TikTok)
Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu, kelihatan pasangan pengantin baru tersebut tiba di sebuah rumah untuk menghadiri 'Majlis Panggil Menantu'.
Apa yang menariknya, semua ahli keluarga sudah berkumpul terlebih dahulu sambil menanti ketibaan pasangan mempelai.
Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menguji sejauh mana menantu mengenali keluarga besar mereka. Pelbagai soalan akan ditanya oleh pak cik dan mak cik. Kemudian, pengantin akan menerima duit dan hadiah daripada ahli keluarga yang lain.
"Soalan berkaitan keluarga Hamshi akan di tanya pada pasangan pengantin (orang baru) pasangan hanya boleh membantu sahaja dengan jawapan.
"Nervous weyy! Bayangkan kita org baru, tetiba kena tanya soalan. Kalau study pun boleh lupa sebab semua mata menghadap kita.
"Setiap kali wedding, mmg tradisi ni antara yang kita tunggu2 hehehhee. Nak tengok pucat muka 'keluarga baru'," katanya.
Image via @akmaabdullah_ (TikTok)
Image via @akmaabdullah_ (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Seronok tengok gelagat masing-masing, macam ini barulah pengantin rasa dihargai dan tak kekok dengan family baru :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment