Wanita Kristian Ini Kongsi Penyesalan Setelah Jual Jiwa Kepada Syaitan Untuk Jadi Popular
Seram dia tak buat main eh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Terdengar satu suara yang kerap kali mengulangkan ayat menyuruhnya menjual roh
Tular sebuah video baru-baru ini di media sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya atau kisahnya diselamatkan oleh tuhan selepas menjual jiwanya pada syaitan.
Kisahnya bermula pada Ogos 2022 di mana dia mengalami kemurungan yang teruk dan tiada tuhan sebagai tempat bergantung. Akan tetapi, pada satu malam, wanita itu terdengar satu suara yang kerap kali mengulangkan ayat.
Wanita itu cuba untuk abaikannya tetapi disebabkan perasaan ingin tahu yang sangat kuat, dia membuat banyak research tentang penjualan jiwa itu.
Pada akhirnya, wanita itu sanggup membuat perjanjian untuk melepaskan nyawanya pada syaitan dengan dua syarat.
“Saya akan benarkan awak (syaitan) ambil jiwa saya dengan dua syarat iaitu saya nak duit dan populariti.” ceritanya lagi.
Image via @estyrichard (TikTok)
Akaun TikToknya yang sebelum ini hanya mempunyai sekitar seribu ke dua ribu pengikut mencanak naik sehingga ke 10 ribu
Pada awalnya, dia percaya yang benda tu hanyalah kebetulan saja. Tambahan lagi, syarat kedua iaitu duit masih belum ditunaikan.
Sejak video viral pertamanya mencecah sejuta views, sejumlah wang sebanyak RM3,000 dimasukkan ke dalam akaun banknya secara tiba-tiba sedangkan ketika itu dia tidak bekerja kerana mengambil cuti.
Namun, satu perkara yang pelik berlaku di mana secara tak sedar, wanita itu selalu membuat hantaran yang berkaitan dengan syaitan di akaun media sosialnya dan rasa nak muntah setiap kali menyebut perkataan 'Tuhan' atau 'Jesus'.
Setelah beberapa lama terjerumus ke dalam 'kegelapan', dia mula tersedar akan kesilapannya setelah sepupunya mengatakan sesuatu membuatkan dia tersedar.
“Bersedialah dengan apa yang akan berlaku.” katanya.
Menerima satu panggilan yang mengugut untuk membunuhnya
Wanita itu berasa sangat takut sehingga kehilangan berat badan dan tak tidur selama sebulan kerana ugutan yang terus-menerus walaupun dah dilaporkan pada pihak polis.
Tambahnya lagi, dia tidak menceritakan kepada ayahnya kerana tidak mahu ayahnya terlibat. Jadi, wanita itu meminta pertolongan kawan lamanya dari gereja untuk membebaskan dirinya daripada perjanjian kotor dengan syaitan.
“Kami berdoa kepada Tuhan dengan sangat lama dan panjang.” katanya lagi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jangan buat main ya perkara khurafat macam ni. Seram!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment