Wanita Temui Telur Lalat Dalam Sup Daging Yang Dibelinya Di Bazar Ramadan
Difahamkan, bazar Ramadan itu terletak di Melaka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita mendapati telur lalat pada sup daging yang dibelinya di bazar Ramadan
Menerusi laporan New Straits Times, wanita tersebut yang berasal dari Johor Bahru, berkongsi di Facebook untuk menyatakan kekecewaannya terhadap makanan yang dibelinya dari Bazar Ramadan Semabok.
Menurutnya, dia singgah di bazar untuk membeli makanan untuk berbuka puasa, dan setelah pulang ke rumah, dia perasan bahawa terdapat telur lalat dalam sup dagingnya.
Tambahnya lagi, dia tidak bermaksud untuk memalukan penjual, tetapi hanya nak beri amaran kepada orang lain supaya berhati-hati agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
"Adakah ini yang mereka panggil sedap? Daging itu berbau busuk dan ia membuatkan saya sangat kecewa dan sedih. Tolong, sesiapa yang melihat pos saya, sampaikan salam saya kepada penjual. Kita akan berjumpa di akhirat.
"Saya membayar RM10 kepada dia untuk sup daging, tetapi pak cik itu memberitahu saya bahawa sup dagingnya sedap dan meminta saya mengambil dua bekas walaupun hanya untuk saya seorang," tulisnya.
Image via New Straits Times
Perkongsiannya di Facebook menjadi tular, kemudian penjual itu tampil memohon maaf
Penjual itu tampil mengakui kesilapannya dan menegaskan harga untuk satu sup daging itu adalah RM10.
Dia juga menjelaskan bahawa sup tambahan diberikan secara percuma untuk memastikan kuantitinya menjadi banyak. Dia juga meminta maaf atas telur lalat yang disebabkan oleh kelalaianya membiarkannya di ruang terbuka.
"Kami akan pastikan makanan kami bersih dan kami juga akan jaga kualiti makanan kami," kata peniaga itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment