seismik

[VIDEO] Mesti Ramai Yang Tak Sedar, Perkara Ini Boleh Kurangkan Pahala Puasa Anda

Mesti ramai yang dah terbuat.

Cover image via @azharramlibizmuamalat (TikTok) & UtusanTV

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada bulan puasa ini, mungkin masih ramai melakukan beberapa perkara yang boleh menyebabkan pahala puasa berkurangan

Hal ini kerana, perkara yang mereka lakukan itu sudah pun menjadi tabiat dalam kehidupan seharian.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Azhar Ramli yang berkongsi beberapa perkara menyebabkan pahala puasa berkurangan kemungkinan boleh batal.

Pendakwah itu memetik Ibn Mubarak yang menyatakan bahawa orang yang kita boleh berbicara tentangnya hanya ibu bapa kita sahaja.

Ini kerana, orang yang menjadi mangsa fitnah akan menerima pahala atas kekejaman mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna kita dibenarkan untuk mengumpat ibu bapa, kerana hukumnya adalah haram menurut syarak.

Perbuatan bohong dan batu api antara perkara yang mengurangkan pahala puasa

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tindakan berbohong termasuk dalam golongan dosa besar.

Berbohong ketika seseorang sedang berpuasa juga menambah dosa yang dipikul oleh individu tersebut.

Dalam Islam, namimah merujuk kepada tindakan memperbesar-besarkan atau menyebarkan perkara negatif mengenai seseorang kepada orang lain yang juga dikenali sebagai batu api.

Tetapi ada juga individu yang melakukan tindakan ini tanpa menyedarinya. Walau bagaimanapun, perbuatan namimah juga termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa.

Mencarut dan melihat perkara yang haram juga termasuk dalam golongan dosa besar

Perbuatan mencarut telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat masa kini, di mana kebanyakan individu tidak lagi rasa bersalah apabila melakukannya.

Perkara kelima yang disebut oleh Ustaz Azhar Ramli mengenai hal-hal yang membatalkan pahala puasa adalah melihat perkara yang diharamkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: