[VIDEO] Pekerja Di Kedai Makan Ini Masih Tenang Melayani Pelanggan Walaupun Dapur Terbakar
Ilmu pengetahuan tu penting.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak di bangku sekolah lagi, para guru dan pihak bomba sering mendidik pelajar tentang langkah yang perlu diambil jika berlaku kebakaran
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan detik-detik pelanggan berdepan dengan situasi cemas apabila dapur sebuah restoran.
Menerusi video tersebut, pelanggan di kedai tersebut dapat dilihat sedang menikmati hidangan mereka sambil duduk di meja di luar yang berdekatan dengan dapur restoran.
Namun, tiba-tiba, Aldi melihat banyak asap keluar dari dapur sebelum menyedari bahawa dapur itu sebenarnya sedang terbakar.
“Sebelum kejadian ingat main api dekat dapur, rupanya betul-betul,” tulisnya.
Apa yang menarik perhatian adalah pekerja di kedai makan tersebut kelihatan tenang membawa pesanan pelanggannya.
Kelihatan api mula semakin besar di bahagian dapur
Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Aldi, api di bahagian dapur mula besar, menyebabkan Aldi dan pelanggan lain merasa cemas dan bergegas meninggalkan meja masing-masing.
Aldi dan rakannya segera memanggil pekerja restoran untuk memberitahu mereka bahawa dapur sedang terbakar.
Mereka turut menyarankan agar pekerja menggunakan kain basah untuk mengawal kebakaran.
Ada juga yang menyatakan jangan guna air secara terus kerana ia akan membuatkan api lebih besar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!