seismik

"Saya Tidak Mahu Anak Bukan Islam & Tidak Berpuasa Makan Di Tempat Tidak Wajar" - Fadhlina

Menurutnya, perkara ini penting untuk menghormati satu sama lain.

Cover image via Sinar Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah yang mana ia perlu dibuka sepanjang sekolah beroperasi

Menerusi laporan Sinar Harian, katanya arahan meminta kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai pelajar bukan Islam.

"Saya tidak mahu ada anak-anak bukan Islam dan tidak berpuasa makan dalam stor, makan di tempat yang tidak wajar sedangkan semua sekolah ada kantin. Jadi mereka harus pergi kantin untuk makan.

"Bagi pelajar Islam yang berpuasa pula akan diuruskan guru, tiada masalah langsung dalam urusan ini dan paling penting membina ekosistem saling memahami, memperkuat, memperkukuh dan menghormati satu sama lain," katanya.

Image via Berita Harian

Sebelum ini, terdapat isu dari pihak lain yang tidak bersetuju tentang pembukaan kantin sekolah

Beliau berkata demikian sebagai menjawab isu yang dibangkitkan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang bulan puasa.

Sementara itu mengenai sekolah vernakular, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menegaskan, tidak timbul isu sekolah berkenaan menggunakan silibus berbeza dengan sekolah kebangsaan.

"Sekolah vernakular ini sekolah yang diiktiraf di bawah Akta Pendidikan yang mana antara lain untuk memperkukuhkan bahasa ibunda masing-masing, jadi tiada isu langsung sekolah ini ada masalah dan mengikuti silibus berbeza.

"Silibusnya sama silibus KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) jadi jangan buat tuduhan yang bersifat ghulu (berlebih-lebihan) di dewan ini jika tiada fakta.

"Silibus sama, tiada masalah malah Akta Pendidikan benarkan dan keputusan mahkamah baru-baru ini pun benarkan," tegasnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: